Tuesday, 2 December 2008

Ya. ini untuk kamu

aku jumpa entry ni dalam blog frossonice...aku rasa entry ni sangat menarik maka aku ingin kongsi dengan semua sahabatku...

Kamu dapat rasakan sesuatu yang berbeza apabila seseorang cuba mengelak dari kamu. Perlakuan dan sifatnya berbeza. Kata-katanya juga berbeza. Apa saja yang dibuat lebih senyap dari yang sepatutnya. Kamu sedar apa yang mereka lakukan itu terhadap kamu namun kamu seperti di awangan; tidak pasti apa yang sebenarnya sedang berlaku, apa akibatnya.

Ya, kamu yang cuba menjauhkan diri; orang sedar akan perbuatan kamu itu. Aku sedar. Jadi tidak perlu berselindung di sebalik cliche kehidupan. Kamu tidak perlu berselindung. Sebaiknya kamu beritahu saja yang kamu ingin menjauhkan diri dari orang yang kamu ingin jauhi. Tidak perlu manis dengan kata-kata. Kerana aku tahu apa yang kamu cuba lakukan. Kamu tidak mahu dipersalahkan kemudian hari nanti. Kamu tidak mahu menjadi orang yang berlabel pemutus persahabatan atau apa jua hubungan. Kamu mahu jadi dewa/dewi yang tidak bersalah dan sebaliknya meletakkan salah itu di pihak lain.

Tidakkah kamu berasa kejam? Tidakkah kamu merasa orang yang kamu mahu jauhi itu berhak tahu apa puncanya? Kamu tidak perlu berselindung di sebalik apa jua tabir.

Tidak perlu hipokrit. Katakan saja,"Ya, aku ingin menjauhi diri dari kamu. Jangan kamu dekati aku lagi kerana aku sudah ...masukkan ayat-ayat yang sesuai...dengan kamu. Selamat tinggal. Terima Kasih."

Aku sebenarnya tahu kenapa. Kenapa kamu tidak mahu berterus terang. Aku tahu di kemudian hari di waktu kamu sunyi dan sepi tanpa arah tujuan, kamu masih ada orang yang sanggup menerima dan mendengar suara hati kamu. Itu yang kamu mahu, ada pondok untuk kamu berlari dan berselindung di bawahnya di waktu hujan. Kamu tidak boleh melupuskan orang lain begitu saja melainkan kamu amat-amat membenci mereka.

Aku tahu kamu cuba hendak terbang tinggi dan kamu takut apabila terjatuh nanti, tidak ada dahan yang hendak kamu hinggap. Jadi kamu biarkan mereka-mereka yang kamu jauhi ini menjadi dahan-dahan sebagai pelindung kamu di waktu susah nanti.

Kamu juga tidak perlu bersusah-payah untuk memujuk kerana 'bukan' kamu yang meretakkan hubungan. Sebalik 'perkara-perkara' lain yang menghalang.Kamu tahu siapa yang selalu menjadi mangsa keadaan begini? Lihat sekeliling...

  • Lelaki/Perempuan gemuk peramah.
  • Lelaki/Perempuan pemurah tapi tak hensem/cantik.
  • Nerd/Geek/Budak Kampung tak pernah tengok dunia/Budak Bandar tak pernah tengok dunia.
  • Kawan baik kamu.
  • Lelaki/Perempuan tak hensem/tak lawa yang menaruh hati kepada kamu. Namun disebabkan kamu merasakan diri kamu hensem/cantik, maka mereka itu kamu jadikan alat diwaktu sunyi kamu.
  • Soul-mate kamu (yang kamu tidak sedar selama ini dialah soul-mate kamu).
  • Sesiapa saja yang begitu baik terhadap kamu selama hidup kamu itu namun di hati kamu mereka itu tidak lebih dari sahabat. Itu saja. Sahabat.

retrieved from: http://www.frossonice.com/2008/01/ya-ini-untuk-kamu.html


interesting kan?
so time for self-reflection firends. pilih dalam kategori mana kamu berada.


jika kamu antagonistnya...ingat lah...patience and loyalty has its limits. jika kamu protagonist...ask yourselves...is the friendship worth saving...adakah kamu masih ingin bersahabat dengan orang begini...sanggupkah kamu digunakan ibarat boneka?


mungkin kamu rasa kamu tidak cukup bagus untuk menjadi kawannya...mungkin kamu terlalu desperate to be his/her friend hingga kamu tidak nampak akan kekurangan dirinya...mungkin juga kamu nampak...tapi kamu ignore...


namun bagi aku...mungkin dia yang tidak layak untuk menjadi kawan kamu

3 comments:

Mr Final said...

Artilkel yg menarik.. thnakz. 4 sharing

frossonice said...

:-)

addyaholix said...

bukan. cuma kadang-kadang tak berterus terang mungkin untuk menjaga hati. dan mungkin dengan tak berterus terang baik untuk semua. entahlah!