Sungai Lembing - ku cari damai di hati



24.12.08 - Aku ke Sungai Lembing lagi…kali ni bersama remedy, organic, devil dan Che Am…(blogger baru, aku lupa nama blog dia)…ini dah kali ke 3 aku ke sungai lembing tahun ni…first time dengan life is a journey dan sengal ubi, second time dengan notasi, cactus dan remedy…and this is the 3rd time.

Sure ramai akan kata…best sangat ke sungai lembing tu…kenapa kami obsess sangat dengan sg lembing ni.

Kisahnya, hari tu supposed to pergi ofis and kemas barang sebab nak di angkut ke blok baru. So, aku pergi tanpa computer aku…sebab nak angkat barang kan. Kebetulan, remedy pun ada masa tu, dia datang ofis untuk tolong aku.

Masalahnya, aku tak dapat nak ambil kunci ke ofis baru aku hari tu, sebab belum di tag…so…nak buat apa, ofis baru tak boleh masuk, ofis lama pun dah kosong. Maka aku dan remedy ajak organic, devil dan che am pergi lunch…

Kebetulan, dia orang pun sedang bosan, so…organic ajak pergi gua charas…katanya dia belum pernah pergi. Aku ok je. Tapi, remedy kata dia malas nak panjat tangga ke gua tu lagi…dan ‘u tu nak ke panjat dengan heels u …’ katanya lagi.

Betul juga. Aku tak nak lagi cabut kasut untuk panjat tangga gua tu macam the last time. atas alasan tu, trip ke gua charas tak jadi dan kami sampai ke sungai lembing instead…

Welcome to Sungai Lembing…sleepy town yang tersekat dalam time capsule…rasa macam balik ke tahun 40an…





Ini kesan peninggalan lombong bijih timah yang ke 2 terbesar di dunia…selepas Bolivia. Che Am menggelarnya Taman gantung Babylon, aku kata …Angkor watt, life is a journey pulak…chandi borobudor…apa pun you wont find it anywhere else…




Ini jambatan gantung filem PHSM…





Kami melepak di tepi sungai…sangat damai…semua berangan nak mandi sungai…especially che am…ala2 sofia jane dalam ‘perempuan, isteri…’




Depan museum.





On the way back, kami stop untuk beli ABC. Sempat la kami berbual2 dengan seorang Pakcik…katanya…pokok ditepi tu…di tanam tahun 1935…masa tu dia masih kecil…aku Tanya…pakcik pernah ke tengok lombong tu…it turned out, dia pernah bekerja di lombong bawah tanah tu…seronok juga dengar dia menceritakan pengalamannya…dia telah melalui 1st dan 2nd ww…dan dia masih boleh berdiri dengan gagah dan bertutur dengan jelas…aku kagum sekali…memang hebat orang2 sg lembing ni…


Sebenarnya, banyak lagi tempat yang kami belum kunjungi di sg lembing ni…seperti…muka lombong bawah tanah, ladang ternak rusa, bukit pancarama, kolam air panas dan air terjun pelangi…we didn’t even know these places existed…so…maybe…the next time kami datang, kami akan melawat semua tempat tu…jom la ikut…

3 comments:

  1. harap dah ketemu damai di hatimu,
    tapi aku pasrah,
    menyimpan hasrat untuk bersamamu,
    mencari damai itu,

    ReplyDelete

:-)

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...