Tuesday, 25 November 2008

Jb revisited - paradise lost


Mengimbau kembali my first trip to Jb 2 tahun lalu, bersama life is a journey, coretan seorang putera, coretan pena biru, the remedy, the cactus, hidupku organik, ashwin dan madam chiam…sangat indah kenangan itu. Waktu itu, everything was so simple…persahabatan yang masih belum tercemar. Walaupun, perjalanannya agak mencabar, kami tetap gembira kerana waktu itu kami adalah satu…boleh aku katakan, 95% of the time kami spent together, walau sekadar melepak di bilik hotel, atau berjalan2 tanpa tujuan, kami lakukan bersama2, sebagai satu group…those were the best of times…



Trip kedua aku ibaratkan sebagai…the end of paradise, kerana terlalu banyak yang berbeza kali ini. Memang…kata orang anak sungai pun berubah…dan trip ini membuat perbezaan dan perubahan yang berlaku pada diri kami lebih obvious. ..aku faham, semua kini lebih matang, semua kini ada prioriti2 yang perlu diutamakan, samada dari aspect family, career atau cinta. jika dulu, persahabatan adalah segala2nya, mungkin kini, career atau cinta adalah segala2nya, menyebabkan persahabatan diletakkan sebagai background sahaja, instead of being one of the main focus…dan perbezaan yang paling ketara adalah…there is no more ‘us’, no doing things together anymore…that made me so sad…
aku ke Jb kali ini pun kerana sahabat, namun apa yang aku nampak bukan persahabatan, tapi hanya lakunan2 yang aku sendiri pun tak tahu tujuanya…apa yang kita nampak lebih penting dari apa yang kita lihat…tapi, tiada siapa yang bersalah dalam hal ini, kita semua telah mencuba sedaya upaya…may be our best was just not good enough.




Lebih memedihkan, kenangan indah di Jb dua tahun lalu kini telah dicemari. Bagi aku, Jb kini telah hilang serinya, kerana perubahan masa, kerana kekalutan penghuninya, kerana sifat egocentric pengunjung2nya. Tak mungkin aku ingin kembali ke situ lagi…kenangan indah Jb sudah lenyap. Memang friends are forever, but only if you wish it too be…and I wish it…do you?



Andai ku boleh mengembalikan masa, aku akan kembali ke Jb dua tahun yang lalu, bersama orang2 yang sama, melalui cabaran yang sama, tanpa mengubah satu elemen pun.

Andai kau boleh mengembalikan masa…apakah kau masih ingin mengenaliku?

6 comments:

FendyHekka said...

Erm... sentap... komen menyentap jantung dan paru2. patut ler lambat update blog. hu3.

"Andai ku boleh mengembalikan masa, aku akan kembali ke Jb dua tahun yang lalu, bersama orang2 yang sama, melalui cabaran yang sama, tanpa mengubah satu elemen pun."

Perenggan kat atas tu adakan bermaksud that u are not happy that org2 baru ikut sama dalam trip ni?

If i'm wrong to u then i'm sorry. mungkin ada hikmat disebaliknyer. apa2pn segala jawaban ada kt pihak berwajib. I hanya pengajur bersama. ha3.

redzuwan said...

"Andai ku boleh mengembalikan masa, aku akan kembali ke Jb dua tahun yang lalu, bersama orang2 yang sama, melalui cabaran yang sama, tanpa mengubah satu elemen pun.

Andai kau boleh mengembalikan masa…apakah kau masih ingin mengenaliku?"

1)Reali..? Sorry madam i did't meant to spoil your trip...

2)I juz nak spend my time ngan u guyz at the same time penuhi invitation Azwan...

p/s:- reali2 sorry..

Raja Azrul said...

jangan terlalu mengikut emosi...perkara dahulu tak sama dengan suasana sekarang.

Jika dahulu, kita sama2 naik kereta, konvoi bersama..tapi sekarang, ada yang terpaksa naik bas (jimatkan kos)

Pokok utama kita ke sana adalah untuk meraikan kenduri kahwin abang azwan. Isu boling, karaoke, jalan-jalan adalah sampingan sahaja.

Untuk trip kali ini, memang sengaja i ajak Reduzan, Fendy dan shidi, kerana mereka juga adalah kawan i. Terpulang pada u sama ada mahu menerima mereka dengan cara elok ataupun tidak.

Keseronokan di JB adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau kita rasa perkara itu seronok, maka ia akan seronok. Kalau kita anggap bosan, hatta ke UMP sendiri pun ia tetap bosan.

Apa yang paling penting dalam hidup ini ialah cuba memahami perasaan orang lain, dan nilai persahabatan perlu ada "give and take' dan bukan mengikut emosi semata-mata.

Persoalan akhir, siapakah yang cuba memulakan pencemaran sebuah persahabatan? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.

Sekian..wassalam.

Kadrieana Zahiera Yasin said...

huhhhuhuhu...

ternyata i tak tahu nak kata aper2...walaupun i tahu aper yang sebenarnyer yang u ingin kata kan...

tersentuh jugak...yelah sebab 2 tahun dulu kitaorg tak ada...

well aper2 pun..u tetep best friends semua org...n tetap menjadi idola i...

budak_ORGANIK said...

statement RAJA:

"Apa yang paling penting dalam hidup ini ialah cuba memahami perasaan orang lain, dan nilai persahabatan perlu ada "give and take' dan bukan mengikut emosi semata-mata".


i wish sumer org boleh memahaminya..baek PEMBACA mahupun PENULIS statement diatas....

addyaholix said...

salam buat patungcendana!
iya penah jugak nampak dlm blog dayat.
ermm indahkan persahabatan dulu?
aku tak mampu ulang, tapi aku akan terus simpan kejap-kejap dalam hati aku. sebab kenangan itu terlalu indah.